Selasa, 16 November 2010

Mencari wang kerana Allah.

Hidup untuk cari duit namun dimanfaatkan dalam rangka untuk beribadah kepada Allah swt.
Ini bermakna matlamat atau tujuan hidup itu bukan pada duit atau kekayaan tetapi untuk beribadah kepada Allah. Duit hanyalah wasilah atau perantaraan menuju ke matlamat tersebut.

Contohnya, individu yang hendak mengerjakan solat, beliau perlukan pakaian untuk menutup auratnya. Bermakna beliau perlukan duit untuk membeli pakaian. Seseorang yang hendak menunaikan ibadah haji dan berkorban, beliau juga perlukan duit untuk melaksanakan ibadah itu.

Namun duit bukanlah segala- galanya, justeru segalanya perlukan duit, terlebih lagi dalam konteks kehidupan hari ini.
Tentang cari duit untuk hidup pula, individu seperti ini akan berusaha mencari duit demi memenuhi keperluan hidup, contohnya mencari nafkah dan menyediakan tempat tinggalĂ‚ selesa untuk keluarganya. Individu seperti ini harus bijak mengutamakan keperluan hidupnya dan akan bersungguh- sungguh mendapatkannya.
Nabi saw pernah menyuruh umatnya agar berkemahuan keras terhadap apa-apa yang bermanfaat baginya, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah.

Jika dengan cara menerima rasuah, pecah amanah dan menipu, itu bukanlah cara mencari kekayaan dengan segera, bahkan perbuatan itu boleh merugikan hidup seseorang. Masih banyak lagi cara halal yang boleh diusahakan dengan tidak mengabaikan tujuan hidup ini.
Berusahalah mencari duit dengan tujuan melakukan ketaatan kepada Allah, dan insya-Allah, Allah akan memberi rezeki dengan cara yang tidak kita sangka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan