Selasa, 30 November 2010

file:///C:/Users/user/Downloads/googlebad402debe053655.html

Ahad, 21 November 2010

                                                                                                                                                             
                                                                                               














                                        

                                              

                                          


Nafsu amarah gagal dikawal membinasa diri.

Amal ibadat boleh jadi ‘penawar’ untuk hati daripada dikuasai perasaan benci, dendam 

PERASAAN dendam, benci dan amarah boleh menimbulkan pergolakan serta kekacauan dalam masyarakat kerana sikap mazmumah ini jika dibiarkan berakar umbi dalam jiwa akan menanamkan bibit perselisihan.
Islam agama yang berpaksikan kesejahteraan mendidik umatnya supaya menjauhi sifat tercela ini yang boleh menggugat hubungan ukhuwah. Benci diibaratkan api yang diam-diam menyala dalam sanubari apabila tidak mampu dikawal, maka lahirlah tindakan dan perlakuan beremosi.
Seorang sahabat pernah datang menemui Rasulullah SAW memohon supaya Baginda dapat memberi pesan serta wasiat ringkas. Jawab Baginda: “Janganlah kamu marah.” Diulang sekali lagi pertanyaan itu dan Rasulullah SAW tetap menyebut: 
“Jangan marah.” 

Dalam menghadapi situasi kehidupan hari ini yang serba-serbinya mencabar, sifat marah jika sudah berada pada tahap melampau dan tidak mampu dikawal oleh pertimbangan akal serta agama, akan hanya membinasakan diri sendiri. 

Sudah ramai yang dapat kita saksikan hari ini bagaimana sifat marah serta benci yang tumbuh dalam hati bertukar menjadi dendam kesumat yang diakhiri dengan tindakan kejam hingga memusnahkan kehidupan diri, keluarga dan masyarakat. 
Justeru, tidak hairanlah mutakhir ini jenayah kejam seperti buli, mencederakan orang hatta membunuh semakin meningkat. Semuanya berpunca daripada gejolak hati yang marak mendidih tanpa dapat dikawal lagi. 

Allah sentiasa mengingatkan hamba-Nya sentiasa menjaga hati supaya tidak termakan hasutan syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya perbuatan berbisik (untuk kejahatan) itu datangnya daripada hasutan syaitan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 58) 

Umat Islam terbaik adalah mereka yang menjaga perlakuan, lidah dan kalbunya daripada sifat tercela. Hati yang jernih dan bersih akan menampilkan akhlak indah serta terpuji. Masyarakat yang berhati luhur, bersopan santun serta mudah memaafkan akan melahirkan modal insan contoh. 

Banyak cara yang boleh kita lakukan bagi menghindari sikap marah, dendam dan benci daripada terus bermaharajalela dalam hati dan nurani. Antara diajar Rasulullah SAW ialah melunakkan lidah dengan selawat, banyakkan berpuasa sunat, mengamalkan bacaan al-Quran supaya hati tenang dan tidak keluh kesah. 

Selain itu, bagi meredakan kemarahan dan kebencian daripada terus bernyala, kita sepatutnya melihat daripada sudut positif seperti mengenang kembali kebaikan yang ada pada dirinya supaya berkurangan rasa marah dan benci dalam hati. 

Kemampuan kita mengawal rasa dendam, marah dan benci yang bergelodak dalam jiwa menjadikan kita sebaik-baik manusia kerana Nabi Muhammad SAW selalu mengingatkan supaya bersedia untuk berjihad menentang hawa nafsu.

Ketika jenayah dan gejala sosial berleluasa dalam masyarakat di mana ramai menjadi mangsa perlakuan kejam serta ganas, masyarakat perlu menilai apa yang berlaku supaya dapat dijadikan iktibar. 

Rasulullah SAW pernah berhadapan dengan kemarahan tatkala menyaksikan bagaimana bapa saudaranya, Saidina Hamzah Abu Talib dibunuh dengan kejam dan di luar batas kemanusiaan dalam perang Uhud. 

Kemarahan dan perasaan dendam Baginda akhirnya dilembutkan Allah apabila turunnya ayat Al-Quran yang meminta Nabi tabah serta bersabar dengan ujian besar yang diterimanya. 

Allah berfirman yang bermaksud: “Kalaulah engkau bersikap kasar dan keras hati terhadap mereka tentulah mereka akan lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah kesalahan mereka.” (Surah Ali-Imran, ayat 159) 

Marilah kita mendidik diri supaya sentiasa berlembut hati, pemurah serta mudah memaafkan orang lain kerana itulah sifat Rasulullah SAW yang berjaya menarik ramai golongan Musyrikin yang keras, sombong dan degil hingga akhirnya mampu dijinakkan dengan kebenaran Islam. 


Sabtu, 20 November 2010

POLIS MALAYSIA VERY GOOD...

Foto MenarikJenayah tetap jenayah.Penjenayah pasti dihukum.Penjenayah adalah juga pekerja begitu juga polis menjalankan tugasnya menangkap dan menghukum penjenayah.Aku kadang kadang digelar gangster dan sakit mental tetapi masih takut hukuman dan masih ingat ALLAH.Kerja aku hanyalah memasang wayar tapi tidak pernah mengambil hak orang lain dengan cara batil.Jangan menyesali perbuatan anda kerana terlalu jarang orang dapat terlepas dari hukuman dunia lagi.Assalamualaikum....

Selasa, 16 November 2010

Mukmin yang diredai.

Hamba lalai, sombong tak akan dapat rahmat 

SEBAGAI seorang Muslim, mengingati Allah SWT tidak semestinya dalam masa kesusahan atau ketika ditimpa bencana saja, tapi Allah perlu diingat sepanjang masa selagi nadi berdenyut kerana sebagai hamba, kita tidak boleh melupakan pencipta.

Hendaklah kita ingat Allah sentiasa bersama dan melihat apa yang kita lakukan sepanjang masa. Dr Aidh Abdullah Al-Qarni dalam tulisannya berkata, orang yang tidak menjaga (ingat) Allah, maka Allah tidak akan menjaganya. Orang yang tidak dijaga-Nya, maka kehidupannya di dunia akan buruk dan tidak mendapat kebahagiaan, Sedangkan di akhirat tempatnya adalah di neraka jahanam, selama langit dan bumi masih ada.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan barang siapa berpaling daripada mengingati-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Surah Taha, ayat 124) 
Orang yang mengingati dan menjaga Allah sentiasa terdorong untuk melakukan perintah-Nya serta meninggalkan apa saja yang dilarang atau ditegah. Sembahyang fardu lima kali sehari akan segera dilakukan sebaik saja masuk waktu. 

Sembahyang tepat pada waktunya menunjukkan salah satu ciri orang itu menjaga Allah dengan baik. Dan orang demikian akan Allah jaga mereka seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar.” (Surah Al-Ankabut, ayat 45) 

Dalam kehidupan manusia hari ini memang ada golongan yang hanya mengingati Allah pada masa tertentu saja seperti apabila sakit atau ketika mendapat musibah. Mereka yang melakukan perkara dilarang boleh dianggap lupa mengingati Allah. 
Melupakan Allah boleh berlaku dalam kalangan hamba-Nya yang lalai, terutama mereka yang diberikan kesenangan hidup. Mereka sombong dengan Allah, sedangkan kesenangan dan rezeki yang dinikmati itu semuanya datang daripada Allah. Mereka lupa kebesaran dan kekuasaan Allah. 

Sebenarnya Allah boleh mengambil kembali kesenangan harta, kemewahan wang ringgit dan rezeki itu bila-bila saja yang Allah suka tanpa memberi notis amaran terlebih dulu. Mereka diberi kesenangan tetapi tidak mengingati Allah, maka Allah juga pasti tidak akan mengingati mereka. 

Qarun adalah contoh terbaik untuk menjadi teladan bagi mereka yang sombong, tidak mengingati dan menjaga Allah. Disebabkan kesombongan dan keangkuhan Qarun, maka Allah binasakan dia dengan menenggelamkan dia, rumah dan seluruh hartanya ke dalam perut bumi. 

Itulah padah dan balasan bagi orang yang sombong, tidak mengingati dan menjaga Allah apabila diberi kesenangan serta kemewahan hidup oleh Allah. 

Firman Allah yang bermaksud: “Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Surah Yusuf ayat 64) 

Untuk mengenali orang yang mengingati dan menjaga Allah tidak sukar. Sesiapa mengerjakan solat sebaik-baik saja masuk waktu dan solat itu dilaksanakannya pula berjemaah di surau atau masjid dengan khusyuk, maka orang itu adalah antara yang mengingati dan menjaga Allah. 

Dalam sejarah Islam ada disebutkan ketika menjelang kematian akibat terkena tikaman dengan air mata berlinang Umar bin al-Khathab berkata: “Takutlah kepada Allah, takutlah kepada Allah dalam masalah solat, tidak ada bahagian apa-apa dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.” 

Selain memelihara solat (didirikan tepat pada waktunya serta khusyuk), menjaga hati juga salah satu ciri orang yang mengingati Allah. Menjaga hati bermaksud tidak tunduk kepada hawa nafsu yang mendorong ke arah perbuatan maksiat. 

Orang yang menjaga hatinya akan memastikan hatinya sentiasa dalam keadaan elok dan bersih (selalu berzikir dan mentaati apa yang diperintahkan oleh Allah). Jika hati rosak dan kotor (melakukan perkara mungkar) maka orang itu tidak menjaga hatinya dengan baik. 

Orang yang berani melakukan perkara mungkar tentu tidak mengingati dan menjaga Allah kerana jika mereka ingat dan menjaga Allah, sudah pasti ada rasa takut kepada balasan Allah dalam hati mereka. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (Surah At-Taghabun, ayat 11) 
Sesungguhnya dalam apa keadaan dan suasana sekali pun, kita perlu ingat kepada Allah. Jika kita mampu lakukan dengan ikhlas dan jujur, maka Allah akan menjaga serta mengingati kita di dunia dan akhirat. Apabila Allah mengingati dan menjaga kita, hidup akan tenang, bahagia dan selamat. 

Jauhi zina.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” – (Surah al-Isra’, ayat 32) 

Melihat kepada situasi ini, sudah tiba masanya pendidikan seksual di sekolah dan universiti yang suatu masa dulu dibincangkan secara hangat dipertimbangkan semula supaya dapat dilaksanakan menurut acuan pendidikan Islam. 

Menurut perspektif Islam, pendidikan mempunyai pengertian dan konsep yang luas, syumul serta mempunyai kedudukan yang tinggi. 

Pendidikan seks di negara Barat menitikberatkan perilaku seks sihat, tetapi tidak mendidik anak supaya menghindari seks bebas sehingga tidak dapat mengurangi timbulnya penyakit kelamin dan kehamilan luar nikah. 
Pendidikan seks menurut Islam adalah pengajaran dan penerapan mengenai masalah seksual dalam usaha menjaga anak daripada kebiasaan yang tidak Islamik serta menutup segala kemungkinan ke arah hubungan seksual terlarang (zina). 

Pendidikan seks sebenarnya bermula ketika anak mulai bertanya mengenai seks. Sejak kecil, anak perlu dididik dengan contoh teladan, kebiasaan akhlak yang baik, penghargaan terhadap anggota tubuh, menanamkan rasa malu apabila aurat terlihat orang lain ataupun malu melihat aurat orang lain. 

Sejak seusia 10 tahun, anak lelaki dan perempuan perlu dipisahkan tempat tidur. Mereka juga perlu diajar mengetuk pintu dan meminta izin ibu bapa ketika hendak masuk ke bilik tidur ibu bapa terutama dalam tiga waktu iaitu sebelum solat Subuh, selepas Zuhur dan setelah waktu Isyak. 

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dalam kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa itu, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-Nya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nur, ayat 58-59) 

Pada usia menjejak umur mumayyiz (7 hingga 10 tahun), anak perlu diajar mengenali organ biologi mereka serta perbezaan antara lelaki dan perempuan, membantu mereka memahami apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di depan khalayak. 

Anak juga harus tahu bahawa ada bahagian daripada tubuhnya yang tidak boleh dilihat orang lain apalagi menyentuhnya. Selain itu mereka juga perlu dijelaskan mengenai tumbesaran tubuh serta fungsi anggota tubuh dalam bahasa mudah difahami. Contohnya, usia baligh apabila perempuan kedatangan haid dan anak lelaki mengalami mimpi basah. 

Pada usia mencecah baligh (10 hingga 16 tahun), anak harus diberi penjelasan mengenai fungsi biologi secara ilmiah, batas aurat, kesopanan, akhlak pergaulan lelaki dengan perempuan dan menjaga kesopanan serta harga diri. 

Pada peringkat ini, anak perlu dijauhkan daripada pelbagai rangsangan seksual, seperti buku porno, bahan lucah, rancangan televisyen atau internet yang berunsurkan seks. 

Ibu bapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak perlu sentiasa menjaga dan memerhati perlakuan anak mereka di rumah mahupun luar, selain sentiasa mengingatkan mereka larangan mendekati zina. 

Kurikulum pendidikan seks yang ingin diajar perlu tertakluk kepada nilai akhlak dan etika ditetapkan Islam melalui perbincangan munakahat yang merangkumi peraturan dan hukum hakam serta perkara berkaitan hubungan lelaki dan wanita. 

Dalam konteks masyarakat kita, mengambil kira kepelbagaian kaum dan agama, adalah lebih baik dan munasabah jika pendidikan munakahat diperkemaskan dengan memasukkan elemen baru berkait masalah berlaku hari ini untuk disesuaikan dengan kepelbagaian kaum. 

Walaupun Islam dijadikan sebagai garis panduan, namun sayugia dinyatakan bahawa dalam agama lain juga tidak membenarkan atau menghalalkan perlakuan zina sebelum berkahwin. (KALAU DIFIKIR FIKIR KITA BOLEH TEGAH SEMUA ORANG TIDAK KIRA APA PUN AGAMA).

Tujuan guna facebook.

Kebaikan dan manfaat Facebook kini disalah guna sesetengah pihak untuk melakukan segala macam perbuatan negatif.

Ada yang mendedahkan aurat, maki hamun, fitnah serta mendedahkan keaiban suami isteri. 

Paling ditakuti apabila ada pihak mengambil kesempatan membuat akaun peribadi orang lain lalu menyebarkan gambar atau maklumat palsu.

Ada pula yang menggunakan kemudahan Facebook untuk mempersendakan agama serta membuat kenyataan bersifat perkauman yang boleh menggugat keharmonian. 

Ini bertentangan dengan etika dan amalan agama. Tiada halangan kepada pemilik akaun Facebook meluahkan perasaan, cuma berhati-hati dan jangan keterlaluan.

Kisah dan perihal rumah tangga contohnya, tidak boleh diceritakan secara terbuka. 

Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap perbuatan mengadu domba dan fitnah.

Jika mendengar cerita kurang baik, pastikan sumber itu sahih, bukan fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujuraat, ayat 6)

Kita tidak boleh menghina antara satu lain kerana belum pasti golongan yang kita 
hina itu lebih mulia daripada kita. 

Amalan mencaci, memaki hamun, memalukan orang lain sesuka hati dan memanggil mereka dengan gelaran yang tidak baik adalah berdosa. 

Kesan fitnah boleh mencetus pergaduhan besar, malah membawa kepada pembunuhan dan kerugian harta benda. 

Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. 

Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah al-Baqarah ayat 191)

Cukup mudah dan pantas penyebaran fitnah di zaman teknologi moden ini. Selain facebook, kemudahan lain yang boleh didapati sebagai saluran komunikasi ialah web, blog, serta e-mel. 

Fitnah tidak lain hanya untuk memburukkan dan menjatuhkan seseorang. 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengenai berita benar atau palsu yang disebarkan tanpa kebenaran, Rasulullah bersabda bermaksud: “Adakah kamu mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? 

Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Lalu Baginda meneruskan sabdanya: “Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.” Lalu ditanya oleh seorang sahabat: “Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?” Rasulullah bersabda: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Larangan mencari kesalahan amat ditegah. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (terhadap sesama Muslim), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudara�nya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu benci untuk memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat ayat 12)

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Penolong Pengarah Pusat al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan secara halal.

“Kemudahan yang ada hendaklah digunakan bagi tujuan kebaikan dan bermanfaat.
“Ini penting bagi mengelak sebarang fitnah sama ada terhadap orang lain atau diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata jalinan silaturahim yang dikembangkan melalui kecanggihan teknologi komunikasi berkenaan hendak�lah dimanfaatkan sebaiknya.

“Kemudahan berkomunikasi melalui laman sosial ini memudahkan interaksi. Cuma jangan dimanipulasi bagi tujuan jahat atau melalaikan. 

“Elak bersembang perkara sia-sia, membangkitkan nafsu syahwat serta mengadu domba. Malah, jangan menggunakan ‘kebebasan’ diberikan untuk menyamar sebagai individu lain bagi menjatuhkan seseorang,” katanya.

Zamihan berkata bagi golo�ngan yang mempersendakan agama mereka adalah golongan pencetus yang akan dipertang�gungjawabkan atas isu yang mereka cipta.

“Penjenayah siber ini menimbulkan huru-hara, tetapi kekeliruan terhadap pegangan agamanya, malah ada yang ‘menarik’ pengikut untuk menyokong usaha dan idea dangkal mereka. 

‘Saham’ dosa bukan saja diterima individu terbabit, malah bagi yang turut serta secara langsung dengan meletakkan komen juga turut sama mendapat dosa,” katanya.

Beliau berkata menjadi satu kesalahan besar dan haram hukumnya bagi mereka yang menggunakan maklumat serta gambar peribadi orang lain tanpa persetujuan.

“Tambahan lagi, jika ia digunakan untuk matlamat yang salah, pasti mewujudkan perselisihan faham, cabar mencabar dan perbalahan besar.

“Akibatnya, orang sekeliling memberi gambaran tidak baik serta hilang kepercayaan terhadap seseorang yang di fitnah. Dosa mereka tidak akan diampunkan Allah sehingga orang yang teraniaya itu mengampunkan dosa mereka,” katanya.

Beliau berkata laman sosial seperti facebook atau apa saja ruangan yang boleh diakses perlu diselidiki asas kebenarannya.

“Dalam mencari sumber yang benar, pastikan kita merujuk kepada golongan ketiga iaitu mereka yang ahli atau pakar mengenainya,” katanya.

Mencari wang kerana Allah.

Hidup untuk cari duit namun dimanfaatkan dalam rangka untuk beribadah kepada Allah swt.
Ini bermakna matlamat atau tujuan hidup itu bukan pada duit atau kekayaan tetapi untuk beribadah kepada Allah. Duit hanyalah wasilah atau perantaraan menuju ke matlamat tersebut.

Contohnya, individu yang hendak mengerjakan solat, beliau perlukan pakaian untuk menutup auratnya. Bermakna beliau perlukan duit untuk membeli pakaian. Seseorang yang hendak menunaikan ibadah haji dan berkorban, beliau juga perlukan duit untuk melaksanakan ibadah itu.

Namun duit bukanlah segala- galanya, justeru segalanya perlukan duit, terlebih lagi dalam konteks kehidupan hari ini.
Tentang cari duit untuk hidup pula, individu seperti ini akan berusaha mencari duit demi memenuhi keperluan hidup, contohnya mencari nafkah dan menyediakan tempat tinggalĂ‚ selesa untuk keluarganya. Individu seperti ini harus bijak mengutamakan keperluan hidupnya dan akan bersungguh- sungguh mendapatkannya.
Nabi saw pernah menyuruh umatnya agar berkemahuan keras terhadap apa-apa yang bermanfaat baginya, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah.

Jika dengan cara menerima rasuah, pecah amanah dan menipu, itu bukanlah cara mencari kekayaan dengan segera, bahkan perbuatan itu boleh merugikan hidup seseorang. Masih banyak lagi cara halal yang boleh diusahakan dengan tidak mengabaikan tujuan hidup ini.
Berusahalah mencari duit dengan tujuan melakukan ketaatan kepada Allah, dan insya-Allah, Allah akan memberi rezeki dengan cara yang tidak kita sangka.

Sabtu, 13 November 2010

Kesabaran.

SEORANG lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. 

Kemudian Baginda menjawab: “Sekiranya benar seperti yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah selama mana engkau berada dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.” (Hadis riwayat Muslim)




Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia adalah pengukur darjat keimanan seseorang.
Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik. 

Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturahim dan haram memutuskannya. 

malu

SECARA fitrahnya, manusia mempunyai sifat malu, tetapi fitrah itu terjejas akibat godaan syaitan seperti peristiwa merujuk kepada Nabi Adam dan Hawa yang diceritakan dalam al-Quran. 

Firman Allah bermaksud: “Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya sudah merasai buah itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?” (Surah al-‘Araf, ayat 22)


Aspek iman tidak boleh dipisahkan dengan sifat malu kerana malu itu adalah cabang iman.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sifat malu adalah satu cabang daripada cabang iman.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sabda Baginda lagi: “Malu itu sebahagian daripada iman. Dan iman tempatnya di syurga, sedangkan ucapan keji termasuk sebahagian tabiat kasar dan tabiat kasar itu tempatnya di neraka”. (Hadis riwayat al-Tirmizi) 

Malu adalah sifat yang mulia, ia perlu wujud dalam setiap individu Muslim kerana adanya sifat malu akan mencegah seseorang melakukan kemungkaran dan perbuatan keji yang dilarang agama. Oleh itu, perasaan malu akan melengkapkan lagi iman seseorang Muslim. 

Orang beriman akan ada perasaan malu untuk melakukan dosa tetapi jika keimanan nipis dan dikuasai nafsu serta godaan syaitan, maka dia tidak akan malu melanggar perintah Allah. Malah, tanpa rasa malu itu ada yang sanggup bermegah mencanangkan perbuatan kejinya. 
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang yang beriman, hendaklah mereka sentiasa merendahkan pandangan dan memelihara kehormatan mereka.” (Surah al-Nur, ayat 30) 

Malu bukan saja boleh mengawal perlakuan, malah emosi dan tingkah laku. Seseorang yang malu mengeluarkan kata-kata kesat apabila marah adalah hasil kemampuan diri mengawal perasaannya. 

Bagaimanapun, di sebalik kesan positif, malu boleh menjurus kepada perkara negatif iaitu malu melakukan kebaikan atau malu mencegah kemungkaran yang makin berleluasa dalam kalangan generasi sekarang. 

Jika dilihat konteks malu dalam Islam dan kaitannya dengan masyarakat Islam, dapat dirumuskan bahawa gejala sosial atau kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat masa kini berpunca daripada berkurangnya sifat malu sekali gus memperlihatkan kerapuhan iman dalam kalangan generasi muda khasnya. 

Masyarakat Melayu dikenali bersopan santun dan berbudi bahasa malangnya nilai itu jauh apabila masyarakat tidak malu melakukan perbuatan menyalahi nilai murni yang menjadi amalan selama ini. 

Kebebasan tidak pernah dihalang tetapi perlu melihat kepada batasan kerana kebebasan mutlak akan menghancurkan fitrah malu yang ada dalam diri hingga perkara yang sepatutnya memalukan sudah tidak lagi dianggap sebagai memalukan. 

Oleh itu, malu sebagai benteng kepada kekukuhan iman perlu ditanam dalam diri anak kecil, remaja, dewasa malah orang tua supaya hanya contoh terbaik dapat dilihat serta diamal dalam kehidupan. Biarlah jadi pemalu daripada dikatakan tidak tahu malu

KATA-KATA SALAFUS SOLEH.

Kata Muhammad Ibn Sirin rh, Sesungguhnya ilmu ini (Al-Quran  dan al-Sunnah) adalah Din (Agama).Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu".


HADIS


            "Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama kerana setiap yang diada-adakan itu                                                           bid`ah dan setiap yang bid`ah di dalam neraka". (sahih-HR Abu Dawud,a-Tarmizi,Ibn Majah,al-Darimi,Ibn-Hiban & al Zahabi)

Dari Aishah (r.a); Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (islam), apa yang bukan daripadanya maka ia akan tertolak".( HR-Muslim)

Dari Abu Musa (Abdullah) bin Qais al-asy'ary r.a. berkata: Rasulullah saw ditanya mengenai orang-orang yang berperang karena keberanian, karena kebangsaan atau karena kedudukan manakah diantara semua itu yang disebut fisabilillah? Rasulullah saw menjawab, "Siapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimatullah (agama Allah) maka itulah fisabilillah." 
(Bukhari - Muslim)